AZHAR AZIZAN HARUN
AZHAR AZIZAN HARUN 

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, peratusan keluar mengundi di PRK DUN Rantau yang mencatatkan 79.31 peratus merupakan trend peningkatan yang berlaku sejak PRK Parlimen Port Dickson Oktober tahun lalu.

Selain itu, faktor personaliti, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan juga mendorong peratusan keluar mengundi yang tinggi.

“Saya rasa apa yang SPR lakukan sehinga kini menunjukkan ia telah terlaksana.

“Selain itu, personaliti yang terlibat dalam pilihan raya kecil ini juga merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai pengundi keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi, PRK Rantau di Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE