Malah Mohamed Azmin menegaskan, penubuhan majlis itu bertujuan untuk membantu kerajaan menangani masalah kos sara hidup rakyat sekali gus memberi pendekatan segera dan jangka masa sederhana bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Kita dalam Pakatan Harapan (PH) bertindak secara kolektif, keputusan jemaah menteri dibuat juga secara kolektif. 

"Sebab itu diadakan majlis terdiri daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing, kerana mereka mempunyai reputasi baik dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Amal Malaysia Airlines, di sini hari ini.

Tokoh wartawan negara, Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisan blognya, The Scribe A. Kadir Jasin hari ini mendakwa, penubuhan MTE oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad 
 mempunyai makna yang tersirat malah secara langsung mencerminkan jentera PH sedia ada tidak memadai.

Menurut A. Kadir, realitinya selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan PH belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata.

Semalam Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan MTE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dengan 16 ahli merangkumi beberapa menteri Kabinet, tokoh-tokoh ekonomi serta pemimpin-pemimpin industri. - UTUSAN ONLINE.