Sebaliknya, penggiat sektor perniagaan yang merangkumi kira-kira 250,000 orang di seluruh negara itu turut berdepan dengan 1,001 cabaran dalam usa­ha memperkembangkan per­niagaan mereka lebih-lebih la­gi dalam keadaan pasaran yang serba mencabar ketika ini.

Antara permasalahan yang timbul dalam kalangan peniaga-peniaga dalam talian ialah keupayaan bagi menyesuaikan diri de­ngan po­lisi dan pe­raturan melibatkan­ undang-undang per­dagangan­ elektronik.

Selain itu, golo­ngan­ peniaga dalam talian turut menghadapi permasalahan dari segi persaingan bara­ngan dari China yang memasuki pasaran negara melalui platform e-dagang yang semakin bertapak di Malaysia ser­ta mendapat pene­rimaan yang tinggi daripada pelanggan.

Presiden Persa­tuan Usahawan In­ter­net Malaysia, Mohd­. Azrul Mohd. Nor berkata, dalam usaha menangani per­­masalahan itu, kerajaan perlu lebih proaktif memastikan golongan berkenaan memperoleh pembe­laan yang sewajarnya.

“Peniaga online kebanyakan sukar untuk mengembangkan perniagaan kerana tiada struktur membina perniagaan de­ngan lebih sistematik seperti perakaunan yang teratur.

“Sekarang ini pembeli juga boleh beli terus dari sana (China) dengan mudah, jadi sebahagian peniaga dalam talian jika dahulu perniagaan mereka besar sekarang mengecil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azrul berkata, polisi dan peraturan berkaitan termasuk Akta Perdagangan Elektronik 2006 perlu disemak semula selaras dengan situasi semasa serta mengambil kira input dari pihak persatuan dan pengamal industri sendiri.

Meskipun polisi berkenaan tidak dilihat menekan golongan peniaga, beliau berkata, pelaksanaannya memerlukan ruang masa serta konsultansi umum antara peniaga dalam talian dan juga kerajaan.

“Kesan polisi itu adalah pe­niaga dalam talian merasa lebih takut untuk meneruskan perniagaan, dan ada sebahagian sekadar berniaga berbanding mengembangkan perniagaan untuk kurangkan risiko pada mereka,” katanya.