ABDUL RAHMAN DAHLAN
ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, selain Perdana Menteri beberapa kepimpinan tertinggi negara dijangka akan membuat panggilan telefon ke kubah tersebut pada bila-bila masa .


“Terdapat lima buah kubah dalam pameran ini dan salah sebuah kubah mempunyai telefon. Pengunjung perlu menjawab panggilan sekiranya telefon itu berdering.


“Apabila pengunjung menjawab panggilan tersebut mereka akan mendapat penerangan mengenai kemudahan telekomunikasi dan dalam masa yang sama pengunjung bertuah dapat berbual dengan kepimpinan tertinggi negara yang membuat panggilan telefon secara rawak ke kubah tersebut,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pra-tonton Ekspo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka di sini hari ini.


Hadir sama, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkifli Hamzah.


Ekspo Negaraku 2017 akan dirasmikan Perdana Menteri esok dan dibuka kepada pengunjung selama sebulan sehingga 15 Disember hadapan. - UTUSAN ONLINE