Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengibaran bendera separuh tiang di Terengganu

Datuk Wan Nawawi Wan Ismail
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. - UTUSAN ONLINE

KUALA TERENGGANU 12 Sept. - Bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam, kerajaan Terengganu turut mengarahkan pengibaran bendera separuh tiang di seluruh negeri selama tiga hari mulai hari ini.

Surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan negeri, Persekutuan, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Pekeliling itu ditandatangani oleh Ketua Penolong Setiusaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol), Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman bagi pihak Setiausaha Kerajaan, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

"Jalur Gemilang dan bendera negeri di jabatan dan di bangunan kerajaan negeri, Persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai 12 hingga 14 September. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain