Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengetua SM Sains Teluk Intan ditemukan mati dalam kereta

guru
ANGGOTA polis membuat pemeriksaan di lokasi Pengetua Menengah Sains Teluk Intan ditemukan mati di dalam keretanya di sekolah berkenaan di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR LAMAN SOSIAL

TELUK INTAN 4 Julai - Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Hamzani Suien, 46, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya di hadapan blok asrama lelaki sekolah berkenaan di sini hari ini.

Mayat Hamzani ditemukan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 5 pagi.

Isteri Hamzani, Rusnani Abdul Razak,46, berkata, dia dimaklumkan suaminya ke sekolah untuk membuat rondaan pada pukul 3 pagi tadi dan sempat berbual-bual dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

Katanya, suaminya kemudian mengadu penat lalu masuk ke dalam kereta.

“Pengawal keselamatan yang bertugas merasa curiga kerana kereta suami saya masih tidak bergerak walaupun enjin sudah lama dihidupkan.

“Dia kemudian menghampiri kereta dan menemukan suami saya sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Meru, Klang hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain