Pelantikan itu jelas bertentangan dengan janji yang terdapat manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang mahu membebaskan universiti daripada campur tangan politik.

UniSZA menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelantikan Muhammad Nur Manuty selama tiga tahun sehingga 2021.

“Sekalung tahniah Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty di atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu hingga 30 September 2021,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE