Ijazah tersebut telah disampaikan oleh Presidennya, Profesor John Kersey pada majlis penganugerahan universiti itu di Royal Oversea League, London.

Anugerah itu diberi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Rosli dan Abdul Shariff dalam memaju kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan yang cekap dalam mentadbir organisasi di Malaysia.

John Kersey berkata, penganugerahan itu melambangkan kegigihan, visi dan ciri-ciri kepimpinan mereka sehingga memacu YPM ke tahap cemerlang.

"Mereka telah menumpukan fikiran, tenaga dan pengalaman untuk membawa perubahan drastik terhadap visi dan misi yang ditadbir.

"Pelbagai program pembaharuan dan projek inovatif membuktikan kesungguhan mereka dalam membawa perubahan ke arah kecemerlangan memimpin pentadbiran syarikat," kata beliau ketika berucap pada majlis penganugerahan itu di sini hari ini.

Hadir sama, Penasihat Antarabangsa Eropah Amerika Oxford, Dr. Mike Kecisley dan Presiden Oxceel Asia Pasifik, Dr. Saiful Bahri.

Turut menerima anugerah yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Hamdan Jaafar; Pengarah Urusan TN Synergy, Profesor Ir.Mohd Tahir Saad; Ahli Lembaga Pengarah Kristal Padu Konsult, Dr.Hisham Ismail dan Presiden Petroleum Services Sdn. Bhd. Datuk Dr. Jamal Abdul Nasir Hashim.

Pada majlis itu, COD turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Profesor kepada Abdul Shariff yang membawa gelaran Profesor Kehormat.