kilometer 137.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kolej Universiti TATI (TATIUC) di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Abd. Latif Selek, 56, yang berasal dari Kijal meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kemaman akibat kecederaan parah di kepala selain patah kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila lori sayur yang dipandu Rasdin Marin, 59, dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan ketika di selekoh lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan Proton Iswara dipandu mangsa.

"Pemandu lori di Pasar Borong Dusun Nyior itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa segera dibawa di Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, kira-kira pukul 1 petang pihak hospital memaklumkan mangsa telah meninggal dunia di wad kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, laluan itu merupakan selekoh dua hala dan ketika kejadian hujan renyai-renyai. - UTUSAN ONLINE