Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengangkutan awam di landasan betul

Orang ramai daripada pelbagai kaum tidak melepaskan peluang mencuba perkhidmatan tren MRT Laluan Sun
Orang ramai daripada pelbagai kaum tidak melepaskan peluang mencuba perkhidmatan tren MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen Taman Midah, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) hari ini merupakan penanda aras kepada usaha kerajaan yang konsisten dalam meningkatkan dan memperbaiki rangkaian pengangkutan awam bandar terutama di Lembah Klang.

LIOW TIONG LAI
LIOW TIONG LAI

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Laluan SBK yang merangkumi laluan sejauh 51 kilometer itu akan memberi kemudahan akses lebih baik kepada pengguna, malah dijangka dapat menampung 150,000 penumpang sehari berbanding bilangan semasa iaitu 15,000 penumpang.

Ujar beliau, peningkatan itu sejajar dengan pembinaan 31 stesen yang mana tujuh daripadanya adalah laluan bawah tanah selepas perjalanan dari Semantan-Kajang mula ber­operasi.

“Laluan yang beroperasi di lorong bawah tanah adalah sejauh 9.5 kilometer dan Stesen Tun Razak Exchange (Trx) me­rupakan stesen paling dalam iaitu 45 meter di bawah tanah, manakala selebihnya bertingkat seperti biasa.

“Fasa Satu MRT dari Sungai Buloh ke Semantan merekodkan sejumlah dua juta penumpang sejak operasinya bermula pada Disember tahun lepas. Menerusi pembukaan Semantan-Kajang hari ini, saya percaya jumlah penumpang akan bertambah,” ka­tanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, pertambahan itu dilihat selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pengangkutan yang menjangkakan penurunan kira-kira 160,000 kenderaan di jalan raya setiap hari selepas MRT ber­operasi sepenuhnya.

Jelas beliau, setiap tren yang melalui Sungai Buloh-Kajang mempunyai empat gerabak dan dapat memuatkan 1,200 penumpang bagi setiap operasi, justeru dianggarkan kira-kira 400,000 penumpang menaikinya dalam sehari berikutan operasi berjalan pada kekerapan 3.5 minit.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha berterusan tersebut dapat diperluaskan pada masa hadapan berikutan projek berkenaan merupakan langkah kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam ke tahap tertinggi seperti Bas Go KL, Bas Rapid Transit (BRT), projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pelaksanaan LRT3 akan datang di samping projek MRT Kedua (MRT2).

“Ini telah meningkatkan bahagian modal pengangkutan awam bandar daripada 10 peratus pada 2009 kepada 20 peratus pada 2015 dan dijangka mencapai sasaran 40 peratus pada 2030.

“Aliran ini juga direka bagi memastikan gabungan mantap antara pengangkutan awam seperti LRT, LRT3, MRT2 dan Komuter KTM wujud. Gabungan ini bukan sahaja membolehkan rangkaian bersepadu antara pengangkutan awam malah dapat menjamin keselamatan pengguna,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut mengucap tahniah dan berharap pelaksanaannya dapat mentransformasikan pengangkutan awam negara kepada pengangkutan awam bertaraf dunia yang memberi kebaikan kepada semua masyarakat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain