Jelas beliau, permohonan pengampunan itu sama sekali bukan kerana kesalahan yang disabitkan iaitu meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.

Jelas beliau, atas dasar prinsip itu jugalah Yang di-Pertuan Agong berkenan mengampunkan, membebaskan serta membersihkan semua rekod beliau sebelum ini.

“Pengarah dan kakitangan Penjara Sungai Buloh telah menemui serta memaklumkan secara rasmi tetapi saya tidak perlu menandatangani apa-apa kerana saya dibersihkan daripada segala pertuduhan dan hukuman,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Segambut, di sini hari ini.

Tambah Anwar, beliau dan isteri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merancang menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok bagi menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kerana membantu proses memohon pengampunan tersebut. - UTUSAN ONLINE