ABDUL RAZAK ALANG

Rata-rata warga peneroka yang ditemui Utusan Online menaruh harapan tinggi agar nikmat pembangunan terus dapat dikecapi mereka yang dilihat agak perlahan berikutan pelbagai kekangan sejak hampir setahun lepas.

Sehubungan itu, mereka berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meminggirkan keperluan pembangunan tersebut di samping memberi tumpuan terhadap isu-isu berbangkit lain yang disuarakan warga peneroka.

Seorang peneroka Felda Ulu Jempol dekat sini, Abdul Razak Alang, 65, berkata, tanah rancangan itu masih memerlukan banyak projek pembangunan umpamanya menambah baik kemudahan infrastruktur seperti paip air dan penyelenggaraan kawasan.

"Kerajaan perlu mencari mekanisme membantu warga peneroka untuk menikmati arus pembangunan yang lebih baik dan selesa secara berterusan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE