Dakwa penduduk, pencemaran itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pelepasan sisa-sisa kumbahan kilang kelapa sawit yang beroperasi di Tanah Merah.

Wakil penduduk, Abdullah Hadi Yusoff, 54, berkata, pencemaran itu mula dikesan mereka bermula Khamis lalu dan bertambah serius pada hari Jumaat apabila ikan yang hidup di dalam sungai berkenaan mulai timbul.

“Situasi itu membuatkan penduduk menjadi bimbang kerana sungai ini merupakan nadi utama mereka dan ini bukan kali pertama ia tercemar dan masalah itu sering berlaku sejak beberapa tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Antara kampung terlibat ialah Bukit Sukar; Petai Dusun; Atas Tandak; Bukit Budu dan Banggol Gelam.

Sungai tercemar
Abdullah Hadi menunjukkan air sungai Baroh Pial yang bercampur dengan minyak akibat sisa-sisa kumbahan dilepaskan oleh kilang minyak sawit. - UTUSAN ONLINE

Abdullah Hadi memberitahu, dia bimbang jika situasi itu terus berlaku akan meyebabkan hidupan air tawar dari spesis ikan baung, haruan, lampang dan sebagainya akan pupus.

Katanya, sejak pencemaran itu berlaku air sungai di kawasan berkenaan mulai berminyak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan berkata, Hamzah Mohammad berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung masalah tersebut.

Katanya, bagaimanapun tindakan segara akan diambil oleh JAS Kelantan dengan turun ke lokasi untuk melakukan siasatan. - UTUSAN ONLINE