Himpunan tersebut diadakan sempena penganjuran Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini hari ini.

ORANG awam melakukan provokasi ketika kenderaan rasmi Menteri Besar Johor
ORANG awam melakukan provokasi ketika kenderaan rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal tiba untuk ke Sesi Townhall Isu-isu Semasa Pasir Gudang hari ini. - UTUSAN ONLINE/Nur Aisyah Mazalan 

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pencemaran Pasir Gudang, Mohd. Rafee Abdullah memberitahu, pihaknya akan turut menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Himpunan aman itu disertai seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada penduduk setempat dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan. - UTUSAN ONLINE