Mereka mendakwa, kejadian tersebut berlaku sebelum penduduk sempat berun­ding dengan Norhizam apabila keadaan menjadi tegang berikutan sikap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri itu.

Salah seorang penduduk yang terlibat, Md. Derus Tompang, 58, mendakwa, sepatutnya keputusan menutup jalan alternatif itu dibuat dengan turut mengambil kira kepentingan penduduk kampung dan bukan hanya penghuni taman berkenaan.

MD. TERUS TOMPANG
MD. TERUS TOMPANG 

“Saya hadir ke sesi dialog itu atas jemputan yang diterima melalui surat rasmi pada petang sebelum kejadian tetapi saya terkejut apabila beliau (Norhizam) menafikan surat berkenaan sedangkan ia mempunyai kepala surat rasmi malah dia turut mempersoalkan saya adalah penyokong UMNO.

“Sepatutnya sebagai wakil rakyat dia perlu bersikap profesional dan mende­ngar keluhan rakyat, bukannya meninggikan suara,” katanya mengulas punca insiden berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Juliah Mohamat, 45, mendakwa, kekecohan berlaku apabila sekumpulan kira-kira 20 wakil penduduk Kampung Pulau Nibong menghampiri dan menyapa Norhizam untuk meminta penjelasan beliau me­ngenai arahan penutupan jalan itu.

Menurutnya, dia bersama sekumpulan penduduk hadir bagi membincangkan isu berkenaan apabila Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil keputusan menutup jalan berkenaan pada 2 Oktober lalu.

JULIAH MOHAMAT
JULIAH MOHAMAT 

“Rundingan perlu dilakukan kerana ia jalan utama, bukan sahaja penduduk kampung ini menggunakan laluan itu malah mereka yang tinggal di Bukit Beruang dan Ayer Keroh juga mela­luinya. Keputusan penutupan jalan itu dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang rundingan bersama penduduk kampung,” dakwanya.

Juliah turut mendakwa, laluan alternatif itu digunakan penduduk untuk ke jalan utama dan jika ditutup, akan menyebabkan ramai pengguna me­­ngalami kesulitan.

“Kami akan mengikut saranan untuk membawa kes ini ke mahkamah selain mendapatkan perintah mahkamah supa­ya halangan itu dibuka mengikut seksyen dan peraturan ditetapkan,” katanya.