Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya ketika berucap merasmikan program berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Balik Pulau di sini.

“Sehubungan itu, saya berharap kemudahan-kemudahan yang disediakan di Mobile CTC ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk di sini,” ujar beliau.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad dan Pengarah Unit Strategi Nasional di Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Sebanyak 37 buah khemah dan gerai pameran serta 17 buah kenderaan ‘mobile’ disediakan untuk kemudahan pengunjung pada program kali ini.

Antaranya melibatkan perkhidmatan utiliti, pemeriksaan kesihatan, kemudahan memperbaharui lesen, pendaftaran mengundi serta pameran berkaitan dan pertandingan untuk penduduk setempat.

Secara keseluruhannya, program kali ini mendapat kerjasama daripada 54 buah jabatan serta agensi kerajaan termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - UTUSAN ONLINE