Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah.

"Kualiti pendidikan menjadi lebih baik apabila murid-murid diajar dalam bahasa ibunda," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai langkah Malaysia memperkenalkan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tetapi kemudiannya membatalkan program itu dengan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.- Utusan