Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pendekatan pembayaran cukai berbeza untuk penggiat seni

 2

KUALA LUMPUR 16 Mei – Kementerian Komunikasi dan Multimedia mahu pendekatan berbeza digunakan bagi pembayaran cukai dalam kalangan karyawan dan penggiat seni kerana pendapatan yang diperoleh mereka tidak tetap. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, hal itu kerana profesion sebagai karyawan seni berbeza dengan pekerjaan lain.

Oleh itu katanya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu memberi penerangan dan kefahaman yang jelas kepada golongan itu mengenai aspek pembayaran cukai. 

“Ini bagi memastikan pembayaran cukai dalam kalangan karyawan seni lebih teratur pada masa depan. 

“Dalam masa sama, ada juga yang bergerak secara individu dan menyalurkan pendapatan kepada rumah kebajikan dan pembelian baju, namun mereka tidak ada pengecualian kerana mereka tidak mempunyai syarikat,” katanya selepas Majlis Sepetang Mesra bersama karyawan seni anjuran LHDN dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini. 

Kira-kira 200 karyawan seni hadir termasuk Datuk Norman Abdul Halim (KRU), Datuk Ziela Jalil dan Datuk Yusof Haslam. 

Dalam majlis itu turut diadakan sesi dialog antara karyawan seni dengan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Sementara itu Salleh berkata, LHDN juga perlu memberi pe­nerangan secara jelas mengenai maklumat pembayaran cukai kepada karyawan seni  terutama yang tidak hadir ke majlis itu.

Dalam perkembangan lain Salleh berkata, kementerian masih belum menerima sebarang maklumat berhubung virus Ransomware Wannacry yang didakwa sudah merebak di negara ini.

“Sehingga kini kementerian tidak menerima apa-apa laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),“ ujarnya. 

Walau bagaimanapun Salleh berkata, orang ramai harus me­laksanakan langkah berjaga-jaga yang disyorkan oleh CyberSecurity Malaysia bagi mengelakkan terkena serangan virus tersebut.

Sementara itu Sabin ketika ditemui berkata, LHDN boleh memberi pertimbangan ansuran cukai kepada karyawan seni yang benar-benar layak.

“Sebagai contoh, jika karyawan seni tersebut tidak boleh membayar secara total, kita boleh menimbangkan untuk pembayaran bagi tempoh yang lebih panjang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain