Menurut kenyataan pihak UiTM, keputusan membuka balik operasi selepas keadaan udara di kawasan yang terjejas sebelum ini sudah beransur-ansur pulih.

Bagaimanapun semua pelajar dan kakitangan UiTM dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut serta mengurangkan aktiviti luar.

PENUNTUT UiTM Kampus Pasir Gudang melakukan aktiviti dan rutian harian mereka selepas dibuka semula

PENUNTUT UiTM Kampus Pasir Gudang melakukan aktiviti dan rutian harian mereka selepas dibuka semula hari ini selepas ditutup pada 13 Mac lalu pada akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim. - UTUSAN ONLINE

Selain itu, mereka juga disaran agar segera rujuk pasukan perubatan sekiranya mengalami simptom-simptom akibat pencemaran sisa toksik.

Khamis lalu, UiTM sebelum ini mengumumkan sesi kuliah ditangguhkan selama lima hari bermula 13 Mac hingga semalam. UTUSAN ONLINE