Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, PKOB akan diaktifkan sebagai Bilik Gerakan Bencana Negeri bermula pada pukul 8 pagi ini.

“Tujuannya bagi memastikan penyelarasan dan mobilisasi aset dan anggota agensi-agensi pihak yang terlibat dapat dilaksanakan dengan segera.

“Kerjasama daripada semua pihak terlibat untuk mengambil tindakan berhubung perkara ini didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini tengah malam tadi. - UTUSAN ONLINE