Pengerusi Majlis Peperiksaan, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, bagaimanapun peratusan calon memperoleh PNGK 4.00 pada STPM 2017 mencatatkan sedikit penurunan daripada 565 calon pada 2016 kepada 485 pelajar.

Beliau berkata, bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas meningkat kepada 6,408

calon pada 2017 berbanding 6,137 calon pada 2016.

“Jumlah calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas turut meningkat daripada 16,263 orang dalam STPM 2016 kepada 17,423 orang pada tahun lalu.

“Dengan peningkatan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas dan 2.75 ke atas, saya menjangkakan peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke Universiti Awam (UA) adalah lebih besar,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE