Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd.Harun berkata, ini bagi memastikan agensi itu kekal berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, beliau sedar tanggungjawab besar yang dipikul kementerian itu setelah kerajaan memutuskan Mara kekal di bawah kementerian tersebut.

“Alhamdulillah Mara dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kita amat menghargai kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad.

“Sudah pasti tujuan dan fungsi asal Mara itu akan terus diperkasa dan dipertingkatkan, semuanya akan kita umumkan dalam masa terdekat,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan pusat pengumpulan produk usahawan Felcra Seberang Perak di Kampung Gajah dekat sini.

Yang turut hadir, Ketua Pengawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md. Eusope.

Sabtu lalu, Mahathir mengumumkan Mara dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar setelah cadangan untuk mengagihkannya kepada beberapa kementerian mendapat tentangan yang cukup hebat. - UTUSAN ONLINE