Menterinya, Teresa Kok berkata, sesi pemukiman itu bertanggungjawab mengumpul input-input daripada pihak industri serta pekebun-pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf.

Katanya, kajian semula itu antaranya bertujuan merangka hala tuju jangka panjang untuk menggalakkan pelaburan, mengenal pasti peluang baharu selain komoditi baharu yang berpotensi sebagai sumber kekayaan negara.

“Pemukiman tersebut hendaklah menyemak semula pencapaian sasaran kementerian bagi tahun 2018, mengkaji semula strategi, sasaran dan pelan tindakan kementerian yang dibangunkan di bawah Kertas Strategi

Kajian Separuh Penggal (KSP)Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan kementeriannya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE