Safura, 45, yang teruja mengadakan persembahan di hadapan penonton telah mengundang seorang peminat untuk berduet dengannya menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu.

Malangnya sebaik sahaja selesai menyanyi dengan Safura, peminat wanita tersebut telah rebah di pentas.

Safura yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu, dilihat begitu tenang menghadapi situasi peminatnya yang rebah itu.

Penyanyi itu terus memapah wanita tersebut turun dari pentas dan menenangkan peminatnya itu.

Selain Safura, peserta GV5 yang hadir menjayakan acara bagi merai penonton setia Singtel TV ialah Fara Wahida dan Shafie Rio.

Lain-lain artis GV yang tampil dalam acara itu ialah Haiza, Zarul Umbrella dan Ayai Illusi. - UTUSAN ONLINE