Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, penerimaan pemimpin berkenaan dalam Pakatan Harapan ketika ini akan dilihat sebagai pengkhianatan kepada rakyat yang mahukan perubahan sebenar dan bukannya sekadar bersifat kosmetik.

“Saya tertanya-tanya jika Pakatan Harapan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, adakah ahli Parlimen kita akan melakukan perkara sama dan secara mudah melompat ke pihak sebelah sana ?

“Isunya bukan sama ada pemimpin UMNO ini layak atau tidak untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan jika mereka menyertai mana-mana komponen parti kami tetapi bagaimana tindakan lompat parti itu akan memberi kesan terhadap komitmen Pakatan Harapan yang mahu membawa pembaharuan dan perubahan.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO ini merupakan sebahagian daripada sistem yang mana Pakatan Harapan komited untuk mengubahnya. Jadi, untuk berbuat demikian, kita perlu membersihkan perkara yang tidak perlu terlebih dahulu. Dengan membenarkan mereka menyertai Pakatan Harapan hanya akan bertentangan dengan usaha ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE