Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, dakwaan segelintir pihak termasuk penganalisis pertahanan kononnya Malaysia bakal dilengkapi aset canggih itu juga tidak benar sama sekali dan tiada sebarang keputusan dibuat dalam jangka masa terdekat.

“ATM juga tidak bercadang untuk membelinya dalam masa terdekat dan saya juga mengesahkan bahawa ATM tidak terima sebarang tender pembelian pesawat UAV, jika ada kami akan memaklumkannya tentang pembelian aset berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kononnya Malaysia kini menumpukan perhatian bagi mendapatkan pesawat UAV semasa menghadiri majlis minum petang bersama media sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19).

Malah, memetik sebuah portal pertahanan sebelum ini, tiga negara telah menghantar senarai informasi kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan antara yang menjadi pilihan perkhidmatan itu adalah MQ-9B, Anka UAV Dan Wing Loong II.-UTUSAN ONLINE