"Saya tidak bersetuju sistem Imams dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat," kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Pembatalan Imams diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, hari ini.

Susulan pembatalan sistem Imams, Mas Ermieyati berkata, kerajaan akan mencari kaedah baharu yang lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah. - BERNAMA