Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Nordin Kapas, 72, dalam perjalanan dari arah Mentakab menuju ke Temerloh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai kenderaan mangsa yang mengantuk terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta jenis Proton Preve.

"Kejadian itu mengakibatkan pemandu teksi meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Proton Preve mengalami kecederaan di bahagian perut dan kepala," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

- UTUSAN ONLINE