Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Suffian Makri, 40, dalam perjalanan dari Felda Lakum ke pekan Lanchang di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai kenderaan dinaiki mangsa mengalami pecah tayar lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tayar belakang sebuah lori lalu terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan.

“Berikutan itu, mangsa tercampak keluar daripada kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zundin, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan siasatan masih giat dilakukan. - UTUSAN ONLINE