Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi meningkatkan lagi mutu diplomasi dalam kalangan pegawai dilantik.

“Di peringkat antarabangsa, pelbagai isu dibincangkan dan melibatkan pelbagai bidang berbeza antaranya sains dan teknologi.

“Jadi pada masa depan, individu dengan latar belakang pendidikan seperti perundangan, perakaunan dan kejuruteraan berpeluang dilantik sebagai diplomat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Antarabangsa Berhubung Isu Global di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE