Osman berkata, Sultan Johor menerima surat tersebut tetapi tidak membuka untuk melihat isi kandungannya.

OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN 

“Tuanku mengambil tetapi tidak melihat isi suratnya dan bertitah baginda mengambil surat itu sebagai cenderamata.

“Kalau apa perkara ini diterima ke, Tuanku sendiri bertitah kepada saya baginda akan meletakkan beberapa syarat tertentu kepada bakal Menteri Besar baharu

“Dan kalau isyarat itu diterima mungkin akan terjadi satu pembentukan Menteri Besar dan kerajaan yang baharu,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kempas di sini.

Tambahnya, mungkin dalam soal itu juga akan ada perubahan besar dalam pembentukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor seperti dititah baginda.

Osman berkata, pada perjumpaan petang itu beliau sendiri tidak pasti apa yang akan dibincangkan. - UTUSAN ONLINE