Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick berkata pelancaran dasar

Ewon Benedick
Ewon Benedick 

berkenaan perlu ditangguhkan kerana tiada seorang pun wakil dari negeri ini dalam pasukan penyiasatan dan penyediaan dasar tersebut.


"Saya berpendapat pandangan kerajaan Sabah perlu diambil kira sebelum mana-mana dasar nasional diumumkan. Oleh itu pada mesyuarat exco menteri-menteri luar bandar baru-baru ini, saya telah meminta supaya pelancaran dasar ini yang sepatutnya pada bulan ini ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas memberi amanat kepada pegawai-pegawai daerah di Sabah di sini hari ini.


DPLBN adalah dasar baharu yang berfungsi sebagai panduan untuk membangunkan kawasan luar bandar di seluruh negara dan ia dikeluarkan oleh KPLB di peringkat persekutuan.


Sehubungan itu, Ewon berkata pegawai daerah di Sabah akan menyemak draf dasar berkenaan sebelum memberi sebarang ulasan atau sebarang input yang diperlukan.

"Draf dasar berkenaan mungkin ada penambahbaikan kerana keperluan sebenar projek adalah berdasarkan kepada praktikaliti yang mahu diperkenalkan dan spesifikasi projek yang lebih jelas.


"Contohnya kelulusan projek membina sesebuah bangunan awam seperti pusat komuniti haruslah mengambil kira keperluan membawa masuk bekalan elektrik, air dan jalan masuk. Begitu juga dengan projek aktiviti ekonomi secara geran dan pinjaman supaya tidak bertindih. Sebelum ini, banyak projek seperti jalan raya dinaik taraf sedangkan tahap penggunaan trafiknya sangat minimum berbanding jalan-jalan utama harian di tempat lain," katanya.


Ewon berkata untuk memastikan maklum balas terhadap draf dasar berkenaan lebih sesuai, pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama kesemua wakil pejabat daerah dan pejabat daerah kecil serta beberapa agensi dan jabatan Kerajaan dalam masa terdekat. - BERNAMA