Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar tahfiz tiada 
visa tiba di tanah air

Noranisah Abdul Malek (dua dari kanan) menyambut ketibaan pelajar
Noranisah Abdul Malek (dua dari kanan) menyambut ketibaan pelajar tahfiz yang berdepan masalah visa ketika tiba di KLIA, Sepang, semalam. utusan/RASHID MAHFOF

SEPANG 5 Mac – Seramai 19 daripada 104 orang pelajar Markaz Tahfiz Makkah Al-Mukaramah di Sharqia, Mesir yang ditahan polis negara itu hujung bulan lalu berhubung kesalahan tiada visa pelajar tiba di tanah air.

Seramai 17 pelajar perem­puan dan dua lelaki itu merupakan kumpulan pertama daripada empat kumpulan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pukul 3.51 petang.

Kesemua mereka yang masih menuntut di markaz tersebut antara empat tahun dan sebulan lalu itu disambut Pengasas markaz itu, Noranisah Abdul Malek dan ibu bapa masing-masing.

Noranisah berkata, insiden para pelajar ditahan polis itu merupakan kejadian yang pertama berlaku sejak markaz itu ditubuhkan pada 1999.

“Kebiasaannya setiap pelajar mendapat kebenaran untuk memperbaharui visa mereka setiap tahun. Selama ini pelajar di markaz berkenaan tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan visa,’’ katanya kepada pemberita di balai ketibaan KLIA, di sini hari ini.

Pada 27 Februari lalu, polis Mesir menahan seramai 126 pelajar Malaysia yang menuntut di Markaz Tahfiz Al-Mukaramah di Sharqia berikutan kesalahan visa pelajar.

Mengulas lanjut Noranisah berkata, selama ini, proses untuk mendapatkan visa pelajar dilakukan melalui penempatan pelajar di Maahad Buuth Al-Azhar, Mesir dan sememangnya tiada sebarang masalah yang timbul.

Sementara itu, seorang daripada pelajar, Nurafiqah Elia Mohd. Najib, 21, menceritakan detik-detik sewaktu diperiksa polis Mesir di tempat penginapan pelajar berhampiran markaz tersebut.

Menurutnya, kesemua pelajar yang diperiksa pada hari tersebut ditempatkan di sebuah pusat latihan polis di Zagazig selama tujuh hari untuk disoal siasat.

“Sepanjang pemeriksaan le­bih lima jam di pusat pengajian hingga dibawa dan ditempatkan di pusat latihan itu, kami semua dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa Mesir,” kata pelajar bidang pengajian Islam itu.

Dalam pada itu, bapa salah seorang pelajar, Datuk Norman Md. Rabani berkata, beliau amat kecewa dengan insiden yang berlaku dan berharap ia diselesaikan segera.

“Mengikut pengalaman ibu bapa lain sebelum ini, proses memohon visa mudah kerana dilakukan mengikut syarat ditetapkan kerajaan negara itu. Para ibu bapa telah mengikut segala prosedur yang betul,’’ katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain