Pengarah Pendidikan Negeri, Jaafar Ismail berkata, pemilihan itu juga membuktikan kejayaan sistem pendidikan di negara ini dalam melahirkan pelajar yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.

“Kejayaan ini turut membuktikan Raja Adam Ahmad yang merupakan pelajar sekolah harian biasa mampu bersaing dengan pelajar sekolah kawalan asalkan berusaha keras.

“Saya harap kejayaan ini mampu dijadikan contoh oleh pelajar untuk turut sama mencipta kejayaan dalam apa jua bidang samada kokurikulum mahupun akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Raja Adam Ahmad dan Rumah Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE