Program yang turut disertai oleh empat guru pengiring termasuk penyelia asrama sekolah itu bertujuan memberikan pengalaman dan menimba pengetahuan baharu mengenai lokasi yang dikunjungi selain menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Program lawatan selama dua hari bermula 2 April lalu itu menyaksikan kunjungan ke Pusat Penetasan Penyu Rantau Abang, Terengganu; Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu; Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan dan Taman Tema Air Gambang. - UTUSAN ONLINE