Menurutnya, berita itu dimaklumkan secara terus kepadanya semalam setelah pihak UniMaps membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Katanya, perkhabaran yang sememangnya dinanti-nantikannya itu membolehkan dia menjaga adiknya, Muhammad Ikhwan Shah, 28, di Taman Iskandar Bestari, Seri Iskandar dekat sini.

“Saya lega dengan keputusan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan yang meluluskan permohonan saya menangguhkan pelajaran.


“Ini memudahkan saya untuk menjaga adik saya dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Sementara itu, Mohd. Fo’ad meluangkan masa menziarahi Muhammad Iqbal Shah adiknya di Taman Iskandar Bestari, Seri Iskandar dekat sini hari ini selain menyampaikan sumbangan derma daripada pelbagai pihak yang berjumlah kira-kira RM8,000. - UTUSAN ONLINE