Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar cemerlang SMK Tansau dirai

Salmiah Samaie (kiri) berkongsi kegembiraan bersama seorang pelajar
Salmiah Samaie (kiri) berkongsi kegembiraan bersama seorang pelajar cemerlangnya, Nur Zahidah Sahaili di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 17 Mac – Kegem­biraan berganda dirasai 20 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016, Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Tansau apabila mereka bukan sahaja mendapat keputusan cemerlang tetapi akan dibawa melancong ke Hong Kong.

Insentif yang diilhamkan pengetua sekolah, Salmiah Samaie itu juga melibatkan guru-guru cemerlang bagi setiap mata pelajaran.

Ketika ditemui di pejabatnya, Salmiah berkata, insentif itu bertujuan memberi dorongan kepada para pelajar dan guru untuk memberikan yang terbaik dalam setiap peperiksaan terutama SPM dan PT3.

“Saya cuba buat kelainan bagi mengiktiraf kejayaan para pelajar dan guru dengan membawa mereka melancong ke luar negara. Perjalanan ini sekali gus membuka minda mereka mengenai dunia luar selain mempelajari perkara baharu.

“Tahun lalu, pelajar cemerlang telah dibawa ke Indonesia (Jakarta, Bandung dan Bogor) dan tahun ini kita bercadang melancong bersama pelajar cemerlang ke Hong Kong pada 29 April hingga 1 Mei ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain melancong ke Hong Kong, 13 calon SPM 2016 yang mendapat 6A ke atas turut menerima bantuan RM100 setiap seorang daripada pengusaha kantin sekolah.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain