Dekan Fakulti Kreatif Teknologi dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan (gambar) berkata, bahasa Melayu juga perlu diangkat sebagai bahasa perdagangan bagi membolehkan golongan berkenaan menguasai bahasa lain selaras dengan keperluan hari ini yang memberi keutamaan dalam bidang keusahawanan.

“Kami percaya budaya tinggi negara hanya boleh dicapai menerusi penggubalan dasar warisan selain memper­kenalkan kursus warisan budaya di semua institusi pengajian tinggi (IPT).

“Justeru, kami menyokong supaya sebuah mekanisme pengawasan iaitu Majlis Penasihat Pembudayaan Peradaban Tinggi di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri atau mewujudkan semula Kementerian Kebudayaan dan Warisan untuk tujuan yang sama,” katanya ketika membentangkan Resolusi Kongres Budaya 2017 dalam Bidang Pembangunan dan Penggubalan Dasar Polisi Warisan serta Budaya IPT di Malaysia.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie mencadangkan penambahbaikan dasar huni asrama di sekolah ke­rana ketika ini pelajar Islam dan bukan Islam diasingkan.

Katanya, situasi itu berbeza dengan zaman persekolahannya dahulu yang hidup dalam keadaan muhibah sekali gus membantunya mengenali budaya dan cara hidup kaum lain.

“Jika barisan kepemimpinan tertinggi IPT memandang remeh terhadap perkara ini, usaha untuk memupuk silang budaya, integrasi dan perpaduan dalam kalangan generasi muda gagal atau sukar untuk dicapai,” katanya.