Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, portfolio pelaburan tertumpu kepada aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) itu telah dimulakan sejak Disember 2014 dengan dana awal berjumlah RM1 bilion.

Beliau berkata, hasil pertumbuhan yang kekal positif, KWAP merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam ESG bagi memastikan hasil pulangan yang kukuh diraih pada masa depan.

“Setakat ini, pelaburan KWAP dalam ESG mencatatkan pulangan yang positif walau berdepan persekitaran pasaran tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Alam Sekitar 2018 di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE