Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lawatan bersama beberapa menteri itu juga akan mengadakan perjumpaan bersama peniaga Malaysia di sana di samping mengundang pelabur China ke sini.

“Bagaimanapun, kita akan tegaskan FDI dalam pengertian yang saksama antara kedua negara. Dengan kemasukan pelaburan yang boleh mewujudkan nilai kepada pemain tempatan, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan pertukaran teknologi.

“Saya difahamkan pada masa kini terdapat banyak pelabur dari China yang sangat berminat untuk melabur di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara @Komuniti dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Balok di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE