Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) negeri, Ahmad Awang berkata, trend kejatuhan harga getah sehingga RM1.80 sekilogram menyaksikan para penoreh hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan berdasarkan keluasan kebun dan jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan pada masa ini.

Sehubungan itu, katanya, skim subsidi harga getah seperti diesel atau petrol seharusnya diperkenalkan bagi menampung masalah kejatuhan harga komo­diti berkenaan.

“Kos sara hidup yang semakin mening­kat menjadikan kua­liti hidup masyarakat pekebun kecil sema­kin terhimpit dengan situasi ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu kejatuhan harga komoditi getah yang menjadi punca pendapatan kira-kira 420,000 pekebun kecil di seluruh negara terjejas.

Tengku Hasani Tengku Ahmad
Tengku Hasani Tengku Ahmad

Sementara itu, seorang pekebun kecil dari Chenor, Maran dekat sini, Tengku Hasani Tengku Ahmad, 58, berkata, penoreh mahu satu jalan penyelesaian jangka panjang disediakan untuk menstabilkan harga getah di pasaran.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil ialah mendapatkan pasaran terbaharu bagi komoditi getah asli seperti di Eropah, India dan China yang masih memerlukan bahan asli untuk pembuatan produk hiliran.

Slug: Harga getah TEMERLOH 13 Ogos 2018 - ZUL BUDIN.Pemberita
Zul Budin

Peneroka Felda Jengka 21, Zul Budin, 60, yang berpengalaman luas mengharungi cabaran harga getah yang tidak stabil pula berharap kerajaan mengadakan stok penimbal bersama negara pengeluar lain seperti Indonesia dan Thailand.

“Hal demikian kerana lambakan getah boleh mempengaruhi harga di pasaran yang terpaksa ditanggung para pekebun kecil di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Felda New Zealand dekat sini, Wan Ahmad Putra Wan Sulaiman, 55, bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan mewujudkan harga lantai getah bagi tujuan mengimbangkan harganya di pasaran.

Katanya, dengan harga RM1.80 sekilogram pada masa ini, secara langsung pendapatan tunai para pekebun kecil termasuk peneroka Felda getah terjejas.

Ketua Kampung Felda Bukit Tajau, Norazhar Abd. Latif, 58, pula berharap kerajaan mencari mekanisme bagi memulihkan harga komoditi itu kepada harga yang munasabah.

“Rakyat berharap kualiti kehidupan lebih baik di bawah pentadbiran keajaan baharu ini,” katanya.

Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim, 60, pekebun kecil berasa bimbang dengan trend kejatuhan harga getah yang ternyata memberi kesan negatif terhadap kehidupan rakyat di luar bandar.-UTUSAN ONLINE