Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini pernah menghantar pegawai wanita ke Timor Leste  dengan PBB dan mahu melihat lebih ramai lagi terlibat dalam misi begini.

"Pegawai polis wanita boleh membawa perubahan melalui misi-misi sebegini terutamanya apabila melibatkan golongan kanak-kakak dan wanita. Mereka ini lebih memahami," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup Kursus Pembangunan Arahan Pegawai Polis Kanan Wanita anjuran PBB di Maktab PDRM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE