Sebaliknya kata beliau, Wan Ahmad telah mengambil cuti panjang atas kerelaan sendiri sehingga menjelang hari persaraan pada Ogos depan.

Malah Wan Saiful juga memaklumkan ada bertemu Wan Ahmad dan memintanya kekal memegang jawatan tersebut.

“Saya mahu beliau (Wan Ahmad) kekal tetapi persaraan adalah menjadi pilihannya dan kita hormati keputusan itu. Kita juga terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis santai mahasiswa, di sini hari ini.

Tambah Wan Saiful, beliau mengetahui Wan Ahmad memohon cuti pada 22 Januari lalu dan diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kelmarin.

“Kalau boleh kita mahukan khidmat Wan Ahmad sehingga Ogos depan, tetapi beliau sudah membuat keputusan,” katanya. - UTUSAN ONLINE