Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai ialah Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abd. Halim Bulat yang akan menjawat jawatan Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mazleen Mohd. Nasir akan menggalas tugas baharu sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) di jabatan sama.

“Selain itu, Komandan Pusat Latihan Marin, Tampoi, Johor, Deputi Superintenden Ahmad Sahrin Hussin akan menggalas jawatan sama di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu, Sabah dengan memangku pangkat Superintenden.

“Pegawai Turus (D11), Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafa’aton Abu Bakar pula akan ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Buloh dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE