Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) (Jenayah Korporat/Kewangan) Kelantan, Deputi Superintenden Ahmad Azizul Mohamed akan ditukarkan sebagai Ketua JSJK Kelantan dengan memangku pangkat Superintenden.

“Selain itu, DSP Pematuhan Integriti (2) Zon A, Cawangan Pematuhan Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Deputi Superintenden Azizul Rahman Abd. Aziz akan menggalas tugas Ketua JIPS Johor dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE