ASMAWATI AHMAD
ASMAWATI

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, semua pertukaran itu berkuat kuasa 6 Ogos ini.

Mendahului senarai adalah Asri yang bertukar jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman manakala Zamri mengisi kekosongan jawatan Asri sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd. Roze Shaari akan bertukar jawatan ke Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan tempatnya akan diisi Ketua Polis Melaka, Datuk Jalil Hassan.

Turut bertukar, Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah yang akan menjawat jawatan Ketua Polis Melaka yang baharu.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf akan bertukar sebagai Ketua Urus Setia KPN, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Muhammed Hasbullah Ali akan bertukar jawatan dengan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Sarawak, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din saling bertukar jawatan dengan Penolong Unit Rondaan Bermotosikal/e-Sektor, Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Soaihami Rahim.

Turut terlibat dalam pertukaran ialah Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman, Asisten Komisioner Habibi Majinji yang akan bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah, menggantikan Asisten Komisioner M. Chandrasehkaran yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Sabah.

Turut bertukar ialah Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Superintenden Noor Azmi Yusoff sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu. - BERNAMA