Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman,

Menurut beliau, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSK) Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar pula dilantik sebagai Ketua Polis Kedah.

Tambah beliau, pelantikan Abd. Rahim itu menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang bertukar ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah.

“Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah menggantikan Datuk Sahabudin Abd. Manan yang akan mengisi kekosongan tempat Mat Kasim sebagai Timbalan Pengarah StaRT Bukit Aman.

“Turut bertukar adalah SAC Kepolisan AM KDNKA Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat yang dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin KDNKA Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asmawati memberitahu, pertukaran itu melibatkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Allaudeen Abdul Majid yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Datuk Idris Abdullah yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Terengganu bertukar ke SAC Kepolisan AM KDNKA Bukit Aman.

Menurut beliau, turut ditukar adalah Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), KDNKA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Mohd. Shahar Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes) JIPS Bukit Aman.

Jelasnya, Ketua Penolong Pengarah Urusetia Bahagian Kepolisan Am, Jabatan KDNKA, Asisten Komisioner Norizan Murad dilantik sebagai Komander Bridged Utara Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Pengumuman ini juga melibatkan pegawai kanan lain iaitu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Kelantan.

“Tempatnya digantikan oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim.

“Kekosongan tempat Azhan akan diisi Penolong Pengarah Perjawatan (PRP Dan Konstabel) Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman manakala Asisten Komisioner Dr. Che Ghazali Che Awang akan mengisi tempat Abd. Khalid,” ujarnya.

Sementara itu, turut ditukar Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik), Perak iaitu Asisten Komisioner Razali Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Mohamed Rafiq Mustafa pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Urusetia Bahagian Kepolisan Am, Jabatan KDNKDA Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Superintenden Mohamed Fadzil A. Rahman dilantik sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya. - UTUSAN ONLINE