Patung itu disedari siak surau tersebut kira-kira pukul 2.30 hingga 4 petang yang tiba untuk membuat persiapan solat Asar.

Mohd. Yatim Omar, 64, ketika ditemui berkata, dia ketika itu mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci kira-kira jam 4.15 petang.

Bagaimanapun katanya, dia ternampak patung tersebut dia terus memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah bagi melihat sendiri patung tersebut.

“Ketika saya selesai solat Zohor semua dalam kedaaan baik dan tiada patung tersebut. Namun, apabila saya datang semula ke surau tersebut ternampak patung berhala yang diletakkan di situ.

“Saya tidak tahu apa motif individu yang meletakkan patung tersebut. Kami tidak pernah menerima mana-mana aduan cuma kes kecurian tabung surau sahaja dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE