Menurut Abdul Hadi dalam akaun Twitter beliau, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa.

Beliau malah mempelawa Goledzinowski datang ke Kelantan dan Terengganu iaitu dua negeri yang ditadbir oleh Pas bagi menerokai peluang pelaburan.

"Saya berkongsi pandangan Islam mengenai hubungan dengan masyarakat bukan Islam dan pelaksanaan syariat Islam yang adil untuk semua.

"Saya turut mempersilakan Pesuruhjaya Tinggi untuk melawat Kelantan dan Terengganu, bagi menerokai peluang kerjasama dalam bidang pertanian, pendidikan dan pelaburan," kata Abdul Hadi dalam akaun media sosialnya itu hari ini. - UTUSAN ONLINE