Moqtada al-Sadr

Suruhanjaya Pilihan Raya Iraq berkata, parti Moqtada yang turut disertai parti komunis mengekalkan kesemua 54 kerusi yang dimenangi untuk membentuk blok terbesar dalam Parlimen Iraq yang mempunyai 329 kerusi keseluruhan.

Parti Conquest Alliance kekal di tempat kedua dengan menambah jumlah kerusi kepada 48 kerusi berbanding 47. - AFP